Kajian Online WA Hamba الله SWT
Selasa, 27
Oktober 2015
Narasumber : Ustadz Endri
Rekapan Grup Nanda M101 (Zara)
Tema : Syakhsiyah Islamiyah
Editor
: Rini Ismayanti
KISAH ABU BAKAR DAN IBRAHIM SERTA PUTERANYA
بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
إِنّ الْحَمْدَ ِللهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ
وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا و مِنْ َسَيّئَاتِ أَعْمَالِنَا
مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ
Puji
syukur kehadirat Allah SWT yang masih memberikan kita nikmat iman, islam dan Al
Qur'an semoga kita selalu istiqomah sebagai shohibul qur'an dan ahlul Qur'an
dan dikumpulkan sebagai keluarga Al Qur'an di JannahNya..
Shalawat
beriring salam selalu kita hadiahkan kepada uswah hasanah kita, pejuang
peradaban Islam, Al Qur'an berjalan, kekasih Allah SWT yakninya nabi besar
Muhammad SAW, pada keluarga dan para sahabat nya semoga kita mendapatkan
syafaat beliau di hari akhir nanti. InsyaaLlah..
Aamiin
1.
KISAH ABU BAKAR & PUTRANYA
Putranya
bernama Abdurrahman bin Abu Bakar Ia merupakan lukisan nyata tentang
kepribadian Arab dengan segala kedalaman ilmunya. Putra pertama Abu Bakar dan
memilki adik kandung bernama Aisyah. Tidak seperti keluarga lainnya yang telah
lebih dahulu memeluk Islam, ia memeluk Islam setelah terjadinya Fathu Makkah.
Dia
menikahi Atikah Binti Zaid Amr Ibn Nufail Radhiyallahu anha. Beliau seorang
penyair wanita bangsa arab, ahli ibadah, hafal alqur`an, memiliki kecantikan
yang menawan, kehalusan pekerti dan kemuliaan akhlak yang baik. Dia juga
seorang wanita yang cerdas dan pemikiran cemerlang. Syair-syairnya menggugah
semangat juang kaum muslimin, terutama memberi semangat kepada suaminya yang
keluar berperang.
Dan
pada saat mereka berdua masih menjadi pengantin baru, Abdurrahman bin Abu
Bakar terlena dengan kecantikan dan cintanya kepada Atikah, Abdullah
sempat melalaikan kewajibannya terhadap Allah. Ia sering meninggalkan shalat
berjamaah di masjid yang selama ini dilakukannya. Sehingga Ayahnya (Abu Bakar)
marah dan menyuruh anaknya menceraikan Atikah. Dengan berat hati, ia
mentaati perintah ayahnya, namun penceraian ini membuat Abdullah sakit.Lalu dia
menggubah sebuah syair yang meluapkan rasa cintanya kepada Atikah.Lalu Abu
Bakar menyuruhnya untuk rujuk kembali. Lalu Atikah dan Abdullah belajar dari
kesalahan yang lalu, agar tidak meletakkan cinta diantara mereka melebihi cinta
kepada Allah
2.
KISAH IBRAHIM & PUTRANYA
Nabi
Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di
rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.
Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan
menantunya.
Nabi
Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu
: Aku isteri Ismail.
Nabi
Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu
: Dia pergi berburu.
Nabi
Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu
: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan
lapang.
Nabi
Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan
padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan
isterinya).
Menantu
: Ya, baiklah.
Setelah
Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang
tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi
Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri
: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi
Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri
: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam
kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi
Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri
: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta
kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi
Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang
kembalilah kau kepada keluargamu.
Ismail
pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak
bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga
kepada orang luar.
Tidak
lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim
datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah
lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi
Ibrahim : Di mana suamimu?
Menantu
: Dia tiada dirumah.
Dia
sedang memburu.
Nabi
Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu
: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,tiada apa yang
kurang.
Nabi
Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu
: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi
Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu
: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi
Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum
mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri
Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi
Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya.
Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan
isteri Nabi Ismail).
Apabila
Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya
sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi
Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri
: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi
Ismail : Apa katanya?
Isteri
: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi
Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri
: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang
kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi
Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri
: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu
rumahmu.
Nabi
Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya
itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri
: Alhamdulillah, syukur.
"Sesungguhnya
jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu
mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah
Ibrahim, ayat 7)
"Sampaikanlah
kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada
suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan
demikian." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Alhamdulillah, kajian
kita hari ini berjalan dengan lancar. Semoga ilmu yang kita dapatkan berkah dan
bermanfaat. Aamiin....
Marilah
kita tutup majelis ilmu kita hari ini dengan membaca
istighfar,
hamdallah
serta do'a kafaratul majelis
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
dan
istighfar
أَسْتَغفِرُ اَللّهَ الْعَظيِمْ
Doa
penutup majelis :
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ ٭
Artinya:
“Maha
suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan
melainkan Engkau. aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”
Wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh
Thanks for reading & sharing Kajian On Line Hamba اللَّهِ SWT
0 komentar:
Post a Comment